JAKARTA: Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah dasarnya sebanyak 25 mata asas hari ini, menyambung semula kitaran pengetatan dasar monetari bagi membendung kejatuhan nilai rupiah selepas mata wang itu mencatat beberapa paras terendah dalam sejarah sepanjang minggu lalu susulan pergolakan politik domestik.
Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar penanda aras repo berbalik tujuh hari kepada 6.00 peratus, paras tertinggi sejak Januari 2025, sejajar dengan jangkaan 10 daripada 27 ahli ekonomi yang ditinjau Reuters, manakala selebihnya menjangkakan kadar itu dikekalkan.
Kadar kemudahan deposit semalaman dan kemudahan pinjaman turut dinaikkan pada kadar sama, masing-masing kepada 5.25 peratus dan 6.75 peratus.









