SHENZHEN: Amerika Syarikat (AS) perlu menjelaskan bagaimana negara itu mahu Malaysia memantau dan meneliti permohonan pelaburan pusat data yang akan menyediakan kapasiti pemprosesan kepada entiti dari China.
Bercakap kepada pemberita di luar mesyuarat antara pegawai Malaysia dan pemain industri China di Shenzhen, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan sedang berkomunikasi dengan rakan sejawatnya di AS bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
"Hal itu adalah sesuatu yang baharu, bukan? Sebelum ini, jika sesebuah syarikat mahu membawa masuk unit pemprosesan grafik (GPU), ia perlu mengeksport semula peralatan itu. Tetapi sekarang, syarikat boleh menyediakan perkhidmatan (pusat data). Dan perkara ini juga sedang kita tunggu penjelasan daripada AS, bagaimana perkara ini akan dipantau?









