PUTRAJAYA: Kerajaan akan membangunkan kerangka khusus Fiqh Mualaf sebagai garis panduan jelas untuk membimbing kehidupan golongan saudara baharu di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pembangunan Fiqh Mualaf tersebut akan diterajui Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
“Kerangka ini akan memberikan satu panduan, parameter dan dawabit kepada saudara-saudara mualaf kita dalam menjalani kehidupan yang selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah.
“Barangkali inilah yang akan menjadi satu kerangka rujukan dan bimbingan kepada mualaf, yang juga boleh menjadi rujukan kepada semua pihak supaya kita dapat mewujudkan keharmonian di dalam negara kita,” katanya pada kepada pemberita selepas Sidang Meja Bulat Dakwah Mualaf di sini hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4564565_689200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

