Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1995 memutuskan bahawa merokok adalah haram kerana kesan buruknya terhadap kesihatan, manakala satu muzakarah khas pada 2015 membuat keputusan yang sama berhubung rokok elektronik dan vape. (Gambar Pixabay)PETALING JAYA: Sebuah kumpulan antitembakau menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan supaya garis panduan yang sedang diteliti bagi pekerja Muslim di kedai serbaneka menjual minuman beralkohol turut diperluas kepada penjualan produk tembakau dan vape.

Insert lint pada panduan: Kerajaan pertimbang peraturan jual alkohol bagi pekerja Muslim | FMT

Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Sha'ani Abdullah, berkata fatwa sebelum ini menyatakan bahawa perbuatan merokok atau menghisap vape adalah haram kerana membahayakan kesihatan.