Jitra: Gara-gara pedal minyak mengalami masalah, sebuah Perodua Alza hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik selepas merempuh pembahagi lorong (island nose) di Plaza Tol Jitra arah utara, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pemandu MPV adalah seorang remaja perempuan.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mulut, manakala penumpang hadapan yang juga lelaki sebayanya cedera di muka.
Menurutnya, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kemalangan itu jam 9.45 pagi.









