Ipoh: Serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak ke atas sebuah stor penyimpanan di Kamunting, Taiping membawa kepada pembongkaran sindiket memotong peket minyak masak bersubsidi 1 kilogram (kg) dan dijual semula sebagai minyak terpakai dengan harga lebih tinggi.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Taiping ke stor berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari tadi membawa kepada rampasan minyak masak peket 1 kg bernilai lebih RM80,600 kerana dipercayai menyimpan barang kawalan itu tanpa kebenaran.

"Serbuan tersebut dijalankan hasil risikan selama seminggu terhadap aktiviti penyimpanan minyak masak peket 1 kg yang disyaki diperoleh daripada syarikat pembungkus dan pemborong minyak masak sekitar Perak.