KUALA LUMPUR: SME Corp Malaysia dijangka menjimatkan kos operasi sebanyak RM17 juta setahun susulan perpindahan ibu pejabatnya ke Menara AIA Cap Square, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, berkata penjimatan itu berpotensi mencecah lebih RM500 juta dalam tempoh 30 tahun sekiranya agensi berkenaan terus beroperasi di premis baharu itu.
Beliau berkata, perpindahan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menstruktur semula operasi agensi di bawahnya termasuk meningkatkan produktiviti serta mengoptimumkan perbelanjaan.









