Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah kawalan eksport cip kecerdasan buatan (AI) yang lebih ketat susulan skandal membabitkan pengasas
Key takeaways
AS melaksanakan kawalan eksport cip AI lebih ketat, memerlukan lesen untuk pusat data global dan penghantaran cip canggih ke China, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Brazil, menutup celah yang membolehkan China menggunakan perkakasan AS.
- Pusat data di seluruh dunia mesti dapat lesen AS untuk menyediakan kuasa pengkomputeran berskala besar kepada syarikat China dan negara lain yang dikenakan sekatan.
- Penghantaran cip canggih ke Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brazil juga memerlukan lesen.
- Peraturan ini bertujuan menutup celah yang membolehkan China menyewa kuasa pengkomputeran AI daripada pusat data di Asia Tenggara dan kawasan lain.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah kawalan eksport cip kecerdasan buatan (AI) yang lebih ketat susulan skandal membabitkan pengasas bersama Nvidia, Jensen Huang, yang mendedahkan kelompongan peraturan yang didakwa dieksploitasi syarikat China.
Pengumuman itu dibuat sehari sebelum Nvidia, syarikat gergasi cip berpangkalan di California, mengumumkan keputusan kewangan pertamanya sejak Huang melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), ketika pelabur mempersoalkan sama ada ledakan industri AI mampu bertahan.
Mengikut peraturan baharu Washington, pusat data di seluruh dunia perlu mendapatkan lesen AS untuk menyediakan kuasa pengkomputeran berskala besar menggunakan cip canggih kepada syarikat yang beribu pejabat di China, Macau atau negara lain yang dikenakan sekatan senjata oleh AS.