Pagi pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Manila menyaksikan satu tindakan yang wajar dihargai daripada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Dalam ucapannya kepada pemimpin ASEAN, beliau memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura berhubung masalah jerebu, meskipun disusuli dengan kenyataan penafian liabiliti (no-fault declaration).

Saya duduk betul-betul di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendengar ucapan itu dengan penuh teliti.

Prabowo menjelaskan pelbagai usaha dilakukan Indonesia untuk membendung kebakaran, namun tidak membuahkan hasil, selain tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.