RAWANG: Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dihempap pokok tumbang di Jalan Templer, di sini, petang ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Rawang menghala ke Selayang.

Insiden itu turut menyebabkan sebuah lori remuk akibat dihempap pokok sama, berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun setakat ini, keadaan pemandu lori belum diketahui.