Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh seru hakim supaya bersikap terbuka terhadap penelitian, mengamalkan sikap rendah diri dan tekun, serta melayan setiap pihak yang berurusan di mahkamah dengan penuh kesabaran dan rasa hormat.KUALA LUMPUR: Kepercayaan awam merupakan aset paling bernilai bagi badan kehakiman dan mesti dilindungi melalui kebebasan kehakiman, keadilan serta ketelusan, kata Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam syarahan di Universiti Sunway bertajuk 'Public Trust: The Judiciary’s Most Precious Constitutional Asset', beliau berkata kekuatan sebenar mahkamah bukan terletak pada kuasa atau bangunan yang gah, sebaliknya pada keyakinan rakyat terhadap keupayaan mahkamah menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.