SHAH ALAM - Penggunaan pelbagai frasa provokatif dalam kenyataan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua bukan kebetulan atau kesilapan tatabahasa tetapi isyarat halus mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, dalam masa sama ia membakar sentimen kebencian penyokong tegar mereka supaya berani melanggar batas 3R (raja, agama dan kaum) tanpa rasa takut kepada undang-undang.Menurutnya, perkara yang berlaku ini membuktikan DAP hanya menjunjung tinggi keputusan YDPA apabila ia menguntungkan mereka seperti ketika pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018."Namun, apabila keputusan Baginda tidak selari dengan selera politik, mereka sanggup mengeluarkan minit mesyuarat sulit semata-mata mahu memberi isyarat kepada penyokong tegar bahawa 'kami tidak bersetuju, raja yang berkeras'."Ini adalah sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan."Kedaulatan Raja Berperlembagaan dan rahsia negara bukan barang mainan politik untuk meraih 'likes' di media sosial. Jangan sampai kesabaran orang Melayu dan rakyat yang cintakan negara ini dicabar terlalu jauh," ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membincangkan permohonan tahanan rumah Najib, sudah dinyahklasifikasikan.Menurut minit mesyuarat itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.Tambah Fadzmel, ini juga adalah soal keselamatan negara dan maruah institusi Diraja.Jelasnya, minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan sendiri oleh YDPA telah dijadikan modal politik murahan dan bahan dagangan media sosial."Persoalannya, jika kerahsiaan mesyuarat tertinggi negara pun boleh dibocorkan sesuka hati demi memuaskan nafsu politik kepartian, apakah jaminan bahawa DAP tidak akan menggadaikan rahsia keselamatan atau pertahanan negara pada masa hadapan apabila kepentingan politik mereka menjadi taruhan?"Lebih menjijikkan, cuba perhatikan sikap sebenar DAP terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu."Dengan sengaja mengolah naratif kononnya YDPA bertindak membelakangkan kerajaan, walhal terbukti YDPA telah menjalankan tugas baginda sesuai dengan kehendak perlembagaan," ujarnya.
'Sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan' - Exco Pemuda UMNO

Key takeaways
Fadzmel Fadzil menuduh DAP mempertikaikan keputusan YDPA dengan frasa provokatif dan memanipulasi isu raja berperlembagaan untuk membangkitkan sentimen penyokong.
- DAP diselidiki mempertikai keputusan YDPA melalui kenyataan provokatif.
- DAP disebut hanya menghormati keputusan YDPA jika menguntungkan mereka.
- Minit mesyuarat sulit berkaitan Najib dinyahklasifikasikan dan dibantah oleh peguam negara dan menteri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Guan Eng puji Loke letak jawatan, bukti DAP pegang prinsip
- Free Malaysia Today Defisit kepercayaan terhadap PAS halang PN tembusi kubu DAP, kata penganalisis
- Sinar Harian 'Sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan' - Exco Pemuda UMNO (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F03%2F32af91afb52bc84e18722ef3c11d8302.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
