KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu apabila sentimen berhati-hati terus menjejaskan beberapa saham wajaran tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perladangan.

Bagaimanapun, kenaikan saham teknologi mengehadkan penurunan itu.

Maybank susut lima sen kepada RM9.92, manakala Public Bank turun enam sen kepada RM4.50. SD Guthrie pula merosot 11 sen kepada RM5.97.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.42 mata atau 0.53 peratus kepada 1,566.73 daripada paras 1,575.15 ketika ditutup pada Selasa.