REMBAU: Hampir 1,000 mahasiswa menyertai siri jelajah forum Pesona Sinema Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 bagi meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan jenama peribadi, pengurusan reputasi dan cabaran penggiat seni dalam persekitaran digital.
Program anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu berlangsung selama dua hari bermula semalam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah, sebelum diteruskan di UiTM Kampus Rembau, hari ini.
Forum berkenaan mengetengahkan perbincangan mengenai kepentingan membina identiti dan reputasi profesional dalam dunia digital, khususnya dalam kalangan generasi muda yang bakal menyertai industri kreatif.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F03%2F32af91afb52bc84e18722ef3c11d8302.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
