SHAH ALAM - Harga petrol RON97 menurun sebanyak 20 sen seliter, manakala RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak 15 sen seliter, bagi tempoh 19 November hingga 25 November 2026.Susulan penurunan itu, harga RON97 kini RM4 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.72 seliter, manakala diesel tanpa subsidi RM4.72 seliter.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM)."Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menunjukkan penurunan dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyederhanaan harga minyak mentah dunia."Perkembangan ini mencerminkan tekanan harga yang semakin berkurangan dalam pasaran petroleum antarabangsa."Ketidaktentuan geopolitik dan risiko gangguan penghantaran petroleum masih boleh menjejaskan bekalan global. Sehubungan itu, harga petroleum dunia dijangka terus mengalami turun naik dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, MOF berkata, harga petrol dan diesel bersubsidi lain turut dikekalkan iaitu RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter, diesel BUDI Diesel (RM2.10), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter."Melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli petrol RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan," menurutnya lagi.
Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen

Key takeaways
Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen dari 19 November hingga 25 November 2026.
- RON97 kini RM4 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.72 seliter, diesel tanpa subsidi RM4.72 seliter.
- Harga ditetapkan mengikut formula APM dengan penurunan harga minyak mentah dunia.
- Harga petrol dan diesel bersubsidi seperti BUDI95 dan BUDI Diesel dikekalkan pada RM1.99 dan RM2.10 seliter.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Harian Metro , Free Malaysia Today , Kosmo
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today RON95, diesel tanpa subsidi turun, RON97 turun 50 sen
- Sinar Harian Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen (this story)







