KLANG - Tular di media sosial memaparkan dua lelaki dipukul beberapa individu dalam kejadian di Jalan Haji Abdul Aziz, Persiaran Masjid Pulau Indah di sini pada Selasa.Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dikesan polis menerusi satu video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan berlaku pada tarikh dan lokasi terbabit.Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu."Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan."Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan."Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Sulaimi Alawi @ Shaari menerusi talian 014-5719405 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222."Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat," katanya.
Tular dua lelaki dipukul beramai-ramai

Key takeaways
Dua lelaki dipukul beramai-ramai di Jalan Haji Abdul Aziz, Klang pada Selasa. Polis sedang menyiasat kes tersebut.
- Kejadian berlaku di Jalan Haji Abdul Aziz, Klang pada Selasa.
- Polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
- Pihak berkuasa meminta orang ramai membantu siasatan melalui nombor telefon yang diberikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Tular 6 lelaki buat pengakuan keluar 'Islam JAKIM'
- Utusan Malaysia Tular video lelaki kejar singa dengan motosikal
- Sinar Harian Tular dua lelaki dipukul beramai-ramai (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F03%2F32af91afb52bc84e18722ef3c11d8302.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
