KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, dengan kadar tahun ke tahun disemak naik kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan negara berprestasi terbaik di ASEAN.

HSBC Global Investment Research dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan, angka akhir KDNK bagi suku ketiga juga tidak terkecuali, dengan ekonomi berkembang 1.5 peratus suku ke suku berdasarkan pelarasan bermusim.

Ia menjadikan pertumbuhan tahun ke tahun mencecah 5.5 peratus, iaitu 0.3 mata peratusan lebih tinggi berbanding anggaran awal pada 5.2 peratus.

Menurut HSBC, terdapat tiga faktor utama yang perlu diberi perhatian, pertamanya, prestasi perdagangan yang lebih baik menjadi faktor yang mendorong semakan menaik yang kecil itu.