BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun hanya mengambil masa 25 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2026 di Grand Hall - Kai Tak Arena, Kai Tak Sports Park hari ini.Pasangan negara yang menduduki ranking kesembilan dunia itu mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan beregu kedudukan ke-27 dunia dari Thailand Peeratchai Sukphun-Pakpakkapon Teeraratsakul 21-10, 21-14.Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut Wei Chong-Kai Wun ke atas pasangan Thailand itu, sekali gus menyaksikan mereka bakal berdepan sama ada pasangan Taiwan Zhi-Wei He-Huang Jui-Hsuan atau beregu India Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun pada pusingan kedua.Sementara itu, beregu lelaki berpengalaman negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong melepasi halangan pertama selepas menewaskan pasangan Jepun Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa menerusi pertarungan sengit 21-16, 17-21, 21-19.Beregu negara itu bagaimanapun berdepan cabaran getir pada pusingan seterusnya apabila dijadualkan bertemu pasangan India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty selepas tewas dalam ketiga-tiga pertemuan terdahulu menentang pasangan berkenaan.Dalam acara beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing terpaksa bekerja keras untuk melepasi halangan pertama apabila menewaskan pasangan Indonesia Marwan Faza-Aisyah Salsabila Putri Pranata 21-14, 22-24, 21-13 untuk mengatur pertemuan menentang pilihan kedua kejohanan dari China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada pusingan seterusnya.Dalam acara perseorangan lelaki pula, Cheam June Wei tewas kepada pemain Denmark Anders Antonsen 15-21, 14-21, sekali gus menyaksikan Antonsen mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas pemain negara itu. - Bernama
Terbuka Hong Kong: Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan kedua dalam tempoh 25 minit

Key takeaways
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan kedua dalam 25 minit dengan menewaskan pasangan Thailand.
- Wei Chong-Kai Wun menewaskan pasangan Thailand dalam 25 minit.
- Mereka akan berdepan pasangan Taiwan atau India di pusingan kedua.
- Beregu negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong menewaskan pasangan Jepun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Ee Yi-Wei Jie mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong
- Sinar Harian Terbuka Hong Kong: Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan kedua dalam tempoh 25 minit (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F05%2F9ac8b4d749169de2f0b5afc7ff188cab.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

