MAJLIS Sukan Negeri (MSN) Perlis terus memantau perkembangan pemulihan atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin, 22, yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kemalangan jalan raya Isnin lepas.Pengarahnya, Syed Ahmed Najib Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menyelaraskan gerak kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persatuan Angkat Berat Negeri Perlis bagi memastikan perkembangan kesihatan atlet berkenaan dipantau rapat.Menurutnya, MSN Perlis turut menyambut baik tindakan pantas dan keprihatinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta MSN dalam menyediakan perlindungan kebajikan menyeluruh kepada Hafizuddin.Beliau berkata, inisiatif melalui kerjasama KBS, MSN, Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) serta Skim Lindung 24 Jam Perkeso merangkumi pengekalan elaun latihan dan pembiayaan penuh kos rawatan."Perlindungan itu turut merangkumi manfaat insurans, pampasan pukal dan pencen ilat seumur hidup."Selain itu, penginapan dan makanan ahli keluarga di HKL turut disediakan bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang tempoh rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Hafizuddin terpaksa menjalani pembedahan sehingga tangan kanannya dipotong atas saranan doktor bagi menyelamatkan nyawanya selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya.Atlet kelahiran Perlis itu dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), mengakibatkan kecederaan pada bahagian kaki, bahu dan kepala.Lebih memilukan, kejadian itu berlaku ketika Muhammad Hafizuddin berada pada kemuncak prestasi selepas mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.Beliau mencatatkan jumlah angkatan keseluruhan 345 kilogram menerusi 162 kilogram dalam acara snatch dan 183 kilogram bagi acara clean and jerk.Kejayaan itu turut menyaksikan Hafizuddin mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch selain melakar rekod baharu temasya Sukan Komanwel bagi kategori berkenaan.Di atas kejayaan tersebut, Muhammad Hafizuddin menerima insentif sempena Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Perlis di Sukan Malaysia (Sukma) XXll Selangor, Sukan Para Sukma Selangor 2026, Sukan Komanwel Glasgow 2026 serta Sukan Asia dan Para Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini.Menurut Syed Ahmed Najib, MSN Perlis mahu memastikan kebajikan atlet itu terus terbela bukan sahaja ketika menjalani rawatan, malah turut meliputi sokongan psikososial dan rehabilitasi jangka panjang.Katanya, perancangan laluan kerjaya baharu juga akan diberi perhatian selepas atlet berkenaan pulih kelak bagi memastikan masa depannya terus terjamin.
MSN Perlis pantau pemulihan Muhammad Hafizuddin di HKL

Key takeaways
MSN Perlis memantau pemulihan Muhammad Hafizuddin Roslin, 22, yang dirawat di HKL selepas kemalangan jalan raya, dan menyelaraskan bantuan bersama KBS, MSN, MACE serta Skim Lindung 24 Jam Perkeso.
- Atlet angkat berat itu menerima rawatan di HKL selepas kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya.
- Kerjasama KBS, MSN, MACE dan Perkeso menyediakan elaun latihan, kos rawatan, insurans, pampasan dan pencen seumur hidup.
- Keluarga atlet diberikan penginapan dan makanan di HKL untuk mengurangkan beban semasa rawatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian MSN pantau rapi keadaan Hafizuddin
- Harian Metro MSN sedia bantuan terbaik buat Hafizuddin
- Harian Metro MSN salur RM120,000 kepada Hafizuddin
- Berita Harian MSN salur RM120,000 kepada Hafizuddin
- Sinar Harian MSN Perlis pantau pemulihan Muhammad Hafizuddin di HKL (this story)









