Kuala Lumpur: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap kebajikan atlet angkat berat negara Muhammad Hafizuddin Roslin mendapat perhatian sewajarnya daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak berkaitan susulan kemalangan jalan raya yang menimpanya Isnin lalu.

Beliau berkata, insiden yang menyebabkan atlet berusia 22 tahun itu kehilangan tangan kanan selepas menjalani pembedahan amat mendukacitakan, selain berharap Hafizuddin dan keluarganya diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan berkenaan.

"Sebagai Presiden MOM, saya berharap keluarga Hafizuddin terus tabah menghadapi dugaan yang amat sukar ini. Saya yakin MSN, Menteri Belia dan Sukan serta pihak lain akan memastikan kebajikannya terus terbela.