KUALA SELANGOR: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan air naik dengan pantas sehingga memaksa 80 pekerja sebuah kilang pembuatan perabot di Simpang Tiga Ijok, di sini, berpindah ke lokasi selamat.
Penolong Sumber Manusia kilang berkenaan, Wan Siti Nursuhaida Mohammad, 36, berkata pihaknya kini sedang mencari inap desa berhampiran Ijok untuk menempatkan pekerja yang terjejas.
"Setiap tahun kawasan kilang ini dilanda banjir, namun kejadian kali ini agak teruk kerana air naik dengan pantas dalam tempoh kira-kira sejam.
"Akibat kejadian itu, semua pekerja terpaksa keluar dari asrama mereka yang ditenggelami air sehingga paras paha," katanya ketika dihubungi hari ini.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F05%2F9ac8b4d749169de2f0b5afc7ff188cab.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


