Hafidzul Hilmi Mohd NoorRAWANG: Kerja-kerja mengalihkan sisa pokok tumbang yang menghempap sebuah lori dan motosikal di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, di sini, selesai sepenuhnya petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi pembersihan laluan dilakukan sejurus mangsa yang maut dalam insiden berkenaan berjaya dikeluarkan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.19 petang sebelum sepasukan enam anggota berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.

"Sebaik tiba pada jam 2.28 petang, komander operasi mendapati sebatang pokok besar tumbang merintangi jalan dan menghempap dua kenderaan, iaitu sebuah lori jenis Isuzu serta motosikal jenis Yamaha Nmax.