KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang di sini petang ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.19 petang.Beliau berkata, enam anggota berserta dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi pada 2.28 petang, komander operasi melaporkan terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah lori Isuzu serta sebuah motosikal Yamaha Nmax."Terdapat seorang penunggang motosikal lelaki tersepit dan tidak sedarkan diri. Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan.Ashrul Riezal berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.35 petang, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan.Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja mengalihkan pokok tumbang selesai sepenuhnya. - Bernama
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

Key takeaways
Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang.
- Kejadian berlaku petang ini di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang.
- Pokok tumbang menghempap lori Isuzu dan motosikal Yamaha Nmax.
- Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang (this story)
- Malaysiakini (BM) Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang








