KUALA LUMPUR: MGB Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM39.9 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, meningkat 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam tempoh itu, syarikat pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluar Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang itu meraih hasil sebanyak RM569.5 juta.
Pencapaian itu sekali gus mencerminkan keupayaan kumpulan untuk mengekalkan keuntungan sepanjang kitaran pelaksanaan projek, disokong oleh usaha berterusan dalam meningkatkan kecekapan operasi.
Bagi suku ketiga tahun kewangan 2026, anak syarikat LBS Bina Group Bhd itu mencatatkan hasil sebanyak RM157.7 juta, berbanding RM227.2 juta pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.









%2Ffile%2F299%2F2b96fabc59f442dccf70a196530320e9.gif&w=480&output=webp&q=85&we)
