KUALA LUMPUR: Pelawak, Amir Raja Lawak masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas 11 hari berada di wad berkenaan dengan keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya.
Perkembangan terbaharu itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam yang memaklumkan Amir kini sedang berehat bagi menjalani proses pemulihan.
Menerusi hantaran itu, Amir dilaporkan sudah sedar, namun masih mengalami kesukaran untuk bercakap dan bernafas seperti biasa.
"Masih di sini pada hari ke-11. Abang Amir sedar cuma tak boleh bercakap betul, nafas masih tercungap," tulisnya.









