KOTA BHARU - Pelawak, Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini selepas dimasukkan pada 6 November lalu.Amir juga masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan, namun keadaannya dilaporkan stabil dan selera makannya juga semakin bertambah.Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, beliau bersama beberapa rakan termasuk pelakon, Sharifah Sakinah berkesempatan melawat Amir di hospital pada Sabtu."Alhamdulillah dia (Amir) berada dalam keadaan baik serta boleh menerima kunjungan pelawat, namun dihadkan dua orang sahaja dalam satu masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Sebelum ini, Amir dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil dan keadaan cuaca sejuk dipercayai memburukkan lagi kesihatannya, ditambah pula dengan demam yang dialami selama beberapa hari.Amir kemudian dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.Dalam perkembangan lain, Muhammad Faris berkata, Amir berharap orang ramai terus memberikan sokongan kepada perniagaan ayam goreng dan air jagung yang diusahakan di Medan Usahawan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.Katanya, sokongan terhadap perniagaan berkenaan penting bagi memastikan Amir dapat membayar gaji pekerja sekali gus memastikan kebajikan mereka terbela."Kami juga memohon kepada semua agar mendoakan Amir supaya cepat sembuh," katanya.
Amir Raja Lawak masih di ICU, harap peminat sokong jualan ayam goreng, air jagung

Key takeaways
Amir Raja Lawak masih dirawat di ICU HRPZ II sejak 6 November, keadaan stabil dan bergantung alat bantu pernafasan. Beliau berharap sokongan orang ramai terhadap perniagaan ayam goreng dan air jagung di Medan Usahawan.
- Amir masih di ICU HRPZ II sejak 6 November dan bergantung alat bantu pernafasan.
- Keadaan beliau stabil dan selera makan meningkat.
- Beliau memohon sokongan orang ramai untuk perniagaan ayam goreng dan air jagung di Medan Usahawan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Amir Raja Lawak masuk ICU akibat jangkitan paru-paru
- Utusan Malaysia Amir Raja Lawak dirawat di ICU akibat jangkitan paru-paru
- Sinar Harian Amir Raja Lawak masih di ICU, harap peminat sokong jualan ayam goreng, air jagung (this story)







