Kuala Lumpur: Ketua jurulatih angkat berat kebangsaan, Edmund Yeo lebih cenderung melihat Muhammad Hafizuddin Roslin beralih ke bidang kejurulatihan berbanding mencuba nasib dalam sukan lain selepas kariernya sebagai atlet berakhir akibat kemalangan jalan raya.
Edmund berkata, pengalaman dan pengetahuan luas dimiliki Hafizuddin yang mula menjalani latihan sejak berusia kira-kira 13 tahun mampu dimanfaatkan untuk membimbing generasi baharu atlet angkat berat negara.
Menurutnya, peralihan ke sukan lain mungkin mengambil masa panjang kerana Hafizuddin perlu menyesuaikan diri dengan disiplin dan teknik baharu, selain tiada jaminan sejauh mana dia mampu pergi dalam bidang berkenaan.
"Jika dia beralih ke sukan lain, kita tidak tahu sejauh mana kemampuannya untuk berjaya dalam disiplin itu. Proses menyesuaikan diri juga mungkin mengambil masa yang lama.









%2Ffile%2F299%2F2b96fabc59f442dccf70a196530320e9.gif&w=480&output=webp&q=85&we)
