Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan khidmat pakar psikologi sukan bagi membantu jaguh angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin, 22, yang kehilangan tangan kanan akibat kemalangan jalan raya, kelmarin.

Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) UPSI, Prof Madya Dr Jaffry Zakaria berkata, pihaknya mengambil inisiatif menggerakkan pasukan pakar psikologi sukan fakulti bagi memberikan sokongan dan intervensi mental kepada Muhammad Hafizuddin.

Katanya, fasa pascapembedahan adalah tempoh paling kritikal bagi atlet berprestasi tinggi terutama apabila berdepan kecederaan yang mengubah keupayaan fizikal secara kekal.

"Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 itu baru sahaja mengharumkan nama negara menerusi catatan rekod baharu kejohanan dan kebangsaan.