Kuala Lumpur : Perjalanan akademik yang mengambil masa selama 11 tahun akhirnya berbaloi apabila pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof, menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana Sains Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.
Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof, 55, berkongsi khabar gembira itu menerusi hantarannya di Instagram sambil meluahkan rasa syukur atas kejayaan selepas berdepan pelbagai rintangan sejak memulakan pengajian berkenaan pada 2015.
"Simpan sini buat kenangan. Satu perjalanan yang sangat panjang mulanya 2015 dan berakhir 2026, pelbagai dugaan dan cabaran yang mengajar aku erti kesabaran. Syukur ya Allah atas keizinan-Mu buat segala usaha hambamu yang lemah ini," tulisnya.









%2Ffile%2F299%2F2b96fabc59f442dccf70a196530320e9.gif&w=480&output=webp&q=85&we)
