PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) bersetuju memberi keutamaan kepada penyelarasan lesen lazim bagi sektor borong, runcit serta makanan dan minuman (F&B), termasuk memansuhkan, menggabungkan atau menyeragamkan keperluan lesen bertindih sebelum proses pendigitalan dilaksanakan.

Keputusan itu antara tiga keutamaan dibincangkan dalam Mesyuarat PEMUDAH Bilangan 5 Tahun 2026 pada 16 November, yang turut memberi tumpuan kepada peralihan penginapan pekerja yang praktikal serta pengukuhan pelaksanaan Akta Iltizam.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.