KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menegaskan bahawa perdagangan terbuka harus disertai dengan persaingan yang adil serta penguatkuasaan peraturan secara konsisten.

Presidennya, Jacob Lee Chor Kok berkata produk yang memasuki pasaran melalui saluran konvensional atau e-dagang rentas sempadan perlu mematuhi keperluan cukai, keselamatan, kualiti dan peraturan yang berkuat kuasa.

Katanya, ia berikutan penguatkuasaan yang tidak seragam merugikan pengilang yang mematuhi peraturan dan menjejaskan keyakinan terhadap pasaran terbuka, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Chor Kok menggesa kerjasama lebih erat dalam kalangan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi memperkukuh rantaian bekalan sektor pembuatan, menggalakkan perdagangan yang adil dan stabil serta menangani cabaran alam sekitar yang merentasi sempadan negara.