PUTRAJAYA: Pelari pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee mahu mengekalkan konsistensi dengan mencatat bawah 10.30 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 selepas pulih daripada kecederaan.
Danish Iftikhar berkata, keadaan fizikalnya kini berada pada tahap 90 peratus selepas menjalani pemulihan selama tiga hingga empat minggu susulan kecederaan yang dialami pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hujung September lalu.
"Ini pertandingan terakhir saya tahun ini sebelum berehat. Saya sudah beraksi dalam beberapa kejohanan sebelum ini, termasuk Sukan Asia, SUKIPT (Sukan Institusi Pendidikan Tinggi) dan SUKMA (Sukan Malaysia) sehingga mengalami kecederaan yang agak serius.










