KUALA LUMPUR: Tex Cycle Technology (M) Bhd (Tex Cycle) menyasarkan peluasan keupayaan rawatan sisa industri minyak dan gas di kemudahan Telok Gong bagi mengukuhkan portfolio penyelesaian alam sekitarnya.
Kumpulan itu juga mahu memanfaatkan kepakaran Meridian World Sdn Bhd (Meridian) untuk memperluas penyertaan dalam aliran sisa khusus, termasuk pemprosesan sisa elektronik dan produk sampingan sisa bernilai tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass Anthony Francis, berkata inisiatif berkenaan akan menempatkan syarikat dalam kedudukan lebih baik untuk merebut peluang baharu sepanjang rantaian nilai pengurusan sisa.
"Kami sedang memperluas keupayaan rawatan sisa minyak dan gas di kemudahan Telok Gong," katanya dalam satu kenyataan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F05%2F9ac8b4d749169de2f0b5afc7ff188cab.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


