PUTRAJAYA: Isu pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan akan membawanya ke Kabinet.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan minit mesyuarat yang didedahkan itu, kerana bukan anggota Lembaga Pengampunan.

"Dalam Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri ada sebut (mahu bawa ke Kabinet) dan selepas itu Menteri Komunikasi (Datuk Seri Fahmi Fadzil) sebut selepas mesyuarat Kabinet (pada sidang media). Jadi, dalam mesyuarat Kabinet (Jumaat lalu) tidak ditimbulkan.