Putrajaya: Isu pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat lalu.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan biarpun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan akan membawanya ke Kabinet.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan minit mesyuarat yang didedahkan itu kerana bukan anggota Lembaga Pengampunan.
"Dalam Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri ada sebut (nak bawa ke Kabinet) dan selepas itu Menteri Komunikasi (Datuk Seri Fahmi Fadzil) sebut lepas mesyuarat Kabinet (pada sidang media). Jadi dalam mesyuarat Kabinet (Jumaat lalu) tak ditimbulkan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F05%2F9ac8b4d749169de2f0b5afc7ff188cab.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

