KUALA LUMPUR: Persatuan Hartanah Bumiputera (PHB) menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mendedahkan minit mesyuarat dan dokumen berkenaan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada RM1,000.

Presiden PHB, Datuk Seri Dr Arifuddin Mohamed Shah, berkata ia terkandung dalam lima tuntutan dikemukakan pihaknya supaya Hannah memberikan penjelasan berhubung pengurangan ketara premium tanah yang menempatkan bangunan itu.

"PHB menuntut supaya minit mesyuarat, keputusan kelulusan dan dokumen asas pertimbangan yang berkaitan didedahkan kepada umum.

"Perlu penjelasan mengenai asas penilaian profesional yang kukuh sehingga anggaran premium tanah RM4.67 juta boleh dikurangkan kepada hanya RM1,000, selepas pertukaran kategori kegunaan tanah daripada komersial kepada institusi.