ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyerahkan kepada Yayasan Kedah Sejahtera untuk memberi penjelasan mengenai persoalan lebihan kutipan sumbangan orang ramai bagi membayar kos mahkamah dihadapi kerajaan negeri dalam kes berkait perjudian.

Katanya, beliau tidak wajar mencampuri urusan yayasan itu dalam menguruskan kutipan sumbangan bagi membayar kos saman syarikat perjudian ke atas Kerajaan Kedah.

"Kalau dia nak bagi, kita terima saja. Kalau dia bagi RM100 juta pun kita terima.

"Itu kena tanya Yayasan Kedah Sejahtera. Tanya saya, saya tidak tahu jawab. Saya jawab bagi orang lain, tidak patut juga kan?" katanya.