Kluang: Sikap 'apathy' politik (tidak peduli) dan kekecewaan dikenal pasti antara faktor peratusan keluar mengundi dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, menurun dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Negeri Sembilan dan terbaru di Melaka, semalam.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata keadaan itu turut membabitkan pengundi atas pagar yang sebelum ini pernah memberikan sokongan kepada PH, namun tidak keluar mengundi pada pilihan raya berkenaan.
Beliau berkata, perkara itu menjadi cabaran kepada DAP untuk mengembalikan semangat penyokong serta meyakinkan mereka bahawa PH masih menjadi pilihan terbaik.
"Ini memang ada beberapa faktor yang kita kenal pasti, antaranya sikap acuh tak acuh terhadap politik dan kemungkinan ada yang kecewa atau merasakan mereka tidak mempunyai alasan untuk keluar mengundi.









