REMBAU :Hampir 1,000 mahasiswa menyertai siri jelajah forum Pesona Sinema FFM35 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Negeri Sembilan.
Dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), program itu bertujuan merapatkan jurang antara mahasiswa dengan penggiat industri seni tempatan.
Siri jelajah berkenaan membuka tirainya di UiTM Kampus Kuala Pilah pada 17 November sebelum melabuhkan tirai di UiTM Kampus Rembau, hari ini.
Antara selebriti yang turut menjayakan program berkenaan ialah Nad Zainal, Sweet Qismina dan Andy Teh yang berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai cabaran dunia hiburan masa kini.









