ROMPIN – Seorang pemandu lori maut manakala seorang penumpang cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Muadzam Shah, di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu, mangsa, Kila Amin, 66, dari Kampung Buluh Nipis, Muadzam Shah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, penumpang lori berkenaan, Muhammad Hoi Abdullah, 79, mengalami kecederaan di kepala manakala pemandu lori balak, Aswadi Faizal Yahaya, 51, tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa memandu lori jenis Daihatsu tanpa muatan dari arah Segamat menuju ke Muadzam Shah, manakala lori balak yang membawa muatan bergerak dari arah bertentangan."Ketika tiba di lokasi kejadian, lori yang dipandu mangsa yang juga seorang pekebun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan lori balak yang sedang bergerak."Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat," katanya.Beliau berkata, penumpang yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Warga emas maut, penumpang cedera dalam nahas lori dan lori balak

Key takeaways
Seorang pemandu lori maut dan seorang penumpang cedera dalam kemalangan dengan lori balak di Rompin.
- Kila Amin, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Muhammad Hoi Abdullah, 79, cedera di kepala dan dirawat di hospital.
- Lori yang dipandu Kila Amin hilang kawalan dan melanggar lori balak.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Warga emas maut, enam cedera dalam kemalangan dua kereta
- Harian Metro Warga emas maut, 6 cedera dalam nahas dua kereta
- Berita Harian 5 warga Gaza cedera dalam serangan berterusan Israel
- Harian Metro Warga emas maut dalam nahas empat kenderaan
- Berita Harian Warga emas maut kemalangan 4 kenderaan
- Sinar Harian Warga emas maut, penumpang cedera dalam nahas lori dan lori balak (this story)









