PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian seorang pelajar yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.
Anwar berkata, dalam hal ini, tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama ini dapat dicegah daripada berulang.
“Takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Tiga yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.
“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.










