IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di negeri ini yang disahkan meninggal dunia di sekolah itu hari ini.
Katanya, pihaknya sedang memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan telah mengarahkan sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.
Jelasnya, pihaknya telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada pelajar, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.
Ujarnya, semua pihak dimohon agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan.









