KUALA LUMPUR: Pelaburan Bintulu Port Holdings Bhd dalam dua dana yang diuruskan oleh AmanahRaya mungkin terjejas susulan penilaian semula sukuk Zetrix AI yang dipegang oleh dana berkenaan kepada nilai sifar selepas penerbit gagal memenuhi obligasi pembayaran pada 6 November 2026.

Bintulu Port dan beberapa anak syarikatnya mempunyai pelaburan dalam AmanahRaya Syariah Trust Fund (ARSTF) dan AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF), yang kedua-duanya diuruskan oleh AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (ARIM), anak syarikat Amanah Raya Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Bintulu Port berkata, pengurus dana itu dengan kelulusan pemegang amanah masing-masing, telah menilai semula sukuk berkenaan kepada nilai sifar berkuat kuasa 10 November 2026.