Kota Bharu: UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung kenyataannya di Facebook yang didakwa mempertikaikan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yakub berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan Tony Pua berhubung Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai perkenan lega hukum terhadap keputusan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, Tony Pua juga didakwa melabelkan Yang di-Pertuan Agong sebagai 'King Kleptocrat' dalam penulisannya, yang mengundang kecaman netizen terhadap institusi Raja.

"UMNO Kelantan mengecam sekeras-kerasnya perlakuan membocorkan minit mesyuarat sulit Lembaga Pengampunan.