Shenzhen: Malaysia terus menumpukan kepada usaha mengembangkan perdagangan, menarik pelaburan dan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang yang lebih besar bagi perniagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar berkecuali Malaysia serta penglibatannya dengan semua negara, termasuk kuasa besar dunia, mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perniagaan dan pelaburan.

"Dasar kami ialah, kami memanggilnya (dasar) berkecuali. Mereka (para pemimpin) sering bertanya kepada saya, 'Mengapa anda mempunyai hubungan istimewa yang begitu baik dengan Presiden Xi Jinping dan China?'

"Saya katakan 'Inilah yang dimaksudkan dengan kepusatan. Kita berbaik dengan semua pihak,'" kata beliau semasa berucap pada majlis Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC, di sini, hari ini.