KUALA LUMPUR: Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), pengendali jenama kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS, memperluas pendekatan mendekati pengguna menerusi kerjasama dengan industri muzik tempatan melalui penghasilan single terbaharu, Oh My Kawan yang menampilkan Sasi The Don dan Datuk Awie.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yussof, berkata kerjasama itu membuktikan muzik mampu menjadi medium untuk menghubungkan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan perbezaan generasi.
Katanya, walaupun PRO-NET dan industri muzik bergerak dalam bidang berbeza, kedua-duanya mempunyai persamaan daripada segi penggunaan teknologi, inovasi dan platform digital untuk berhubung dengan masyarakat.










