KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan XPDC, Ali Ismail, 58, ikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas kesihatan merosot termasuk mengalami sesak nafas sejak kira-kira empat hari lalu.
Anaknya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel, memberitahu bapanya ditempatkan di unit rawatan koronari (CCU) sejak jam 4 petang tadi.
Aqiel turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya serta memudahkan urusan rawatan.
"Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat, saudara-mara dan semua yang mengenali ayah untuk sama-sama mendoakan agar urusan ayah dipermudahkan, diberi kekuatan dan kesembuhan.










