Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan kerjasama dengan ahli perniagaan, Bachar Kiwan bagi siasatan pemulihan aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM berkata, ini berikutan dokumen rasmi dan rekod sah sudah diperolehnya melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan pihak berkuasa Kuwait

Katanya, dengan itu maklumat yang ditawarkan oleh Kiwan tidak lagi diperlukan dalam siasatan pihaknya.

"Bagaimanapun SPRM akan terus menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh terhadap beberapa dakwaan yang dibuat oleh Kiwan, seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report sejak 16 Ogos lalu.