SHAH ALAM – DAP kekal mempertahankan kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di kawasan kubu kuat parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi setakat ini.Empat kerusi berkenaan ialah Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang dipaparkan menerusi laman sesawang melaka2026.dapmalaysia.org.Di DUN Ayer Keroh, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 13,336 undi, mengatasi Perikatan Nasional (PN) yang meraih 7,889 undi.Calon Bersama pula mendapat 1,827 undi, manakala Bersatu memperoleh 1,000 undi daripada keseluruhan 24,052 kertas undi dikeluarkan.Di Kesidang, PH mencatat kemenangan dengan memperoleh 14,736 undi berbanding PN sebanyak 8,063 undi, manakala Bersama meraih 1,300 undi daripada keseluruhan 24,244 kertas undi dikeluarkan.Sementara itu, di Kota Laksamana, PH memperoleh 10,675 undi, jauh meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang meraih 3,772 undi, manakala Bersama mendapat 1,222 undi daripada keseluruhan 16,918 kertas undi dikeluarkan.Di Bandar Hilir pula, PH mencatat 8,106 undi berbanding BN sebanyak 1,834 undi, manakala Bersama memperoleh 1,171 undi daripada keseluruhan 11,123 kertas undi dikeluarkan.
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: 4 kerusi ditandingi DAP kekal dipertahankan, terus jadi kubu kuat

Key takeaways
DAP mempertahankan empat kerusi DUN di Melaka dalam PRN ke-16 berdasarkan kiraan tidak rasmi.
- DAP mempertahankan kerusi Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
- Pakatan Harapan (PH) memperoleh undi terbanyak di semua empat kerusi.
- Undi untuk calon Bersama dan Bersatu adalah lebih rendah berbanding PH.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] PRN Melaka: 4 kerusi ditandingi DAP kekal dipertahankan, terus jadi kubu kuat (this story)









