Shenzhen: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan pimpinan Fastprint dan Fastrain di sini, hari ini bagi membincangkan perkembangan serta cadangan pelaburan kedua-dua syarikat itu di Malaysia.
Pertemuan itu berlangsung di luar acara rasmi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 pada minggu ini.
Perbincangan Perdana Menteri bersama kedua-dua syarikat itu tertumpu kepada industri semikonduktor dan elektronik termaju, komunikasi optik serta teknologi bateri dan penyimpanan tenaga.
Bidang-bidang ini membuka ruang untuk Malaysia meningkatkan keupayaan pembuatan dan kejuruteraan di samping menyokong perkembangan ekonomi digital serta peralihan tenaga negara.









